Monday, January 3, 2022

Mulakan Pelaburan Yang Ada Potensi Pulangan Berbaloi Dengan Hanya RM100

Assalamualaikum dan hai. Nama Saya Norizwan Azlan dan saya adalah perunding unit amanah berlesen dengan FiMM. Ini adalah nombor FiMM saya: 009-0-148795.


Korang kat sini sebab korang dari Facebook aku dan ada baca pasal fund unit trust yang boleh mula dengan RM100 sahaja kan?


Kalau ye, teruskan membaca supaya korang dapat faham dengan betul dan melabur.


Kalau bukan, takpe, boleh je tutup tab ni.


Ok, jom kita teruskan.


Dana ini adalah dana dalam pelaburan unit trust.


Untuk melabur dalam dana ni, modal permulaan ialah RM100.00 sahaja.


Aku tak boleh cakap berapa pulangan korang akan dapat. Tapi, cubalah melabur dalam tempoh 3 tahun dahulu dan tengok berapa pulangan korang dapat nanti.


Cumanya, apa aku boleh cakap, aku pun sedang melabur dalam dana ni dan pulangannya agak memberangsangkan.


Ok, sekarang ni, korang kena baca perkara-perkara penting yang perlu diketahui pasal dana ni:


1. Dana ni adalah dana patuh syariah.


2. Dana ni sesuai untuk pelaburan dalam jangka masa panjang. Jadi, aku galakkan korang buat autodebit RM100 setiap bulan selama sekurang-kurangnya 3 tahun untuk dapatkan potensi pulangan yang berbaloi.


3. Dana ini dikenakan sales charge sebanyak 3.75% setiap transaksi. Kiranya, jika korang masukkan RM100 dalam akaun pelaburan korang, hanya RM96.25 yang akan dilaburkan dan RM3.75 akan dijadikan bayaran untuk sales charge.


4. Dana ni tiada jaminan modal dilindungi. Maksudnya, ada masa dan ketika, modal pelaburan akan berkurang disebabkan penurunan harga dana seunit. Bergantung pada tempoh pelaburan ketika itu.


Jadi, kalau korang bersetuju untuk terima perkara nombor 2, 3 dan 4 di atas, korang boleh terus tekan link di bawah untuk memulakan pelaburan. Pastikan korang dah baca semua di atas sebelum tekan link ye.


No comments:

Post a Comment

Mulakan Pelaburan Yang Ada Potensi Pulangan Berbaloi Dengan Hanya RM100

Assalamualaikum dan hai. Nama Saya Norizwan Azlan dan saya adalah perunding unit amanah berlesen dengan FiMM. Ini adalah nombor FiMM saya:  ...